Tuesday, July 13, 2010

Kenapa Hidup Perlu Ada Ranjau???

Hmmmm......apabila menyebutkan seorang itu di timpa masalah atau musibah, dia akn berasa tidak percaya. Dia akan menolak kebenaran itu terjadi kepadanya. Namun setelah beberapa 'ketika' dia akn mula berasa sedih, marah, geram,benci malah pelbagai perasan. Bagi sesetengah oranh 'ketika' itu hanyalah beberapa saat namun ada juga yang beberapa tahun.
Semasa pelbagai perasaan itu dirasai, seseorang akan bersedih (grive). Dikala inilah keinsafan akan timbul. Apabila keinsafan itu timbul,'healing' akan berlaku. Jiwa akan menjadi lembut dan jatuhlah bintik-bintik hitam yang telah tumbuh di hati akibat dosa dan keangkuhan.
Namun ada juga yang di antara yang ditimpa musibah itu tinggal kekal di dalam tahap menolak kebenaran kejadian dengan kemarahan dan kebencian. Akibatnya peristiwa menjadikan dia semakin jauh daripada Allah. Tahun demi tahun dia akan merana dan menjadi bertambah marah. Akhirnya dia menolak kehadiran Tuhannya.Sakitlah jiwa dan gundah gulana spritualnya.
Saya juga tidak terkecuali dari hukum alam ini. Saya juga mengalami masalah demi masalah. Adakalanya saya tewas dengan perasaan hiba dan merasakn tidak mempunyai kekuatan lagi untuk bertahan. Namun, Alhamdulillah, dikala berputus asa menghampiri, semasa itulah seolah-olah kekuatan datang dari dalam diri, pertolong Ilahi yang seolah-olah brsinar yang menyuluh segala kegelapan.
Saya teringat salah satu cabaran yang saya hadapi yang bagi saya menjadi cabaran yang sangat hebat. saya kira pada masa itu hanya air mata ini bagaikan telah kering keran terlalu banyak menangis.
Penah pada ketika itu ketika saya terfikir untuk mengakhirikan saja kehidupan saya di dunia ini.
Pada itu susah untuk saya percaya bahawa apa yang sedang saya alami itu adalah kerana Allah menyayangi saya. Saya rasa seperti dihukum sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Suatu malam saya bersembahyang hajat dan saya berdoa keapada Tuhan dan bertanya mengapa saya perlu melalui kesakitan ini. Pada malam itu, saya terbangun dari mimpi ang begitu benar bagi saya.
Di dalam mimpi itu, saya melihat diri saya berbicara dan saya terdengar sebuah suara berkata
" kalu perlu lalui kesakitan ini untuk pimpinan yang bakal kamu lakukan ".
Mendidik Jiwa
Bila saya lihat kembali perkara itu saya tahu ia merupakan satu peristiwa penting untuk mendidik jiwa saya. Mungkin pada ketika itu janggal untuk lidah saya mengatakan perkara yang paling baik yang telah berlaku pada saya.
Namun sekarang ini, saya boleh menyatakan dengan yakin, disebabkan peristiwa yang menyedihka dan memedihkan jiwa itulah saya dapat memahami erti hidup yang lebih luas. Setiap hari bagai saya mengingatkan agar jangan terlalu cepat menghukum sesuatu perkra itu baik atau tidak. Sesungguhnya rahsia itu hanya pada Allah.
Kita jangan seseklai berputus asa dengan petolongan Allah. Lihat dan ambillah apa yang berlaku kepada kita setiap detik itu sebagai guru yang mendidik jiwa kita agar hidup kita terpimpin.
Begitulah cara-cara orang yang berjaya berfikir. Mereka tidak membenci takdir, mereka tidak menyalahkan Tuhan. Mereka mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan membentuk jiwa mereka menjadi lebih kuat dan berani.
Ini kerana mereka tahu bahawa Allah memilih mereka untuk melalui pentarbiahanNya demi menyediakan mereka untuk kepimpinan yang perlu mereka lakukan. dan ingatlah bahawa setiap kita ini adalah pemimpin seperti yang di sebut dalam hadis:
" Setiap orang kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinan itu "
HR tirmizi,Abu Dawud Shahih Bukhari dan Shahih Muslim.
Masalah adalah anugerah....
Datangnya masalah sebenarnya adalah untuk menjadi pemangkin bagi kita untuk kita bergerak satu lagi langkah ke hadapan. Sama ada kita dapat menyelesaikan masalah atau tidak itu bukanlah isunya. Apa yang penting kita pelajari daripada cabaran itu dan adakah ia menjadikan jiwa kita semakin bertumbuh dan segar.
Sebenarnya, masalah adalah anugerah dan hadiah yang datang dalam bungkusan yang tidak indah berbanding dengan nikmat. Namun sebenarnya, ia tetap hadiah. Malah mungkin merupakan hadiah yang lebih berharga.
Terutama bila kita kenal itu adalah hadiah dan kita buka bungkusan itu, kita terima ia dan bersyukur di atas pemberian itu. Kemudian, kita jadikan ia teman yang menyuluh jalan kita supaya kita senantiasa berjalan di atas jalan yang lurus. Bila kita insaf begini, kita membawa diri kita bukan sahaja cemerlang di dunia ini, malah cemerlang di mata pencipta....
Wassalam......amin...

No comments:

Post a Comment